KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR OLEH NUR MAISARA BINTI MOHAMED SABRI PPISMP BAHASA MELAYU 2

 

 

PENGENALAN

 

   Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran yang penting dalam melakukan sesuatu komunikasi seperti berbual,berbincang, berbicara, soal jawab dan lain-lain. Ketiadaan dan kurang mahir dalam kemahiran ini dapat menjejaskan kehidupan seharian seseorang. Kemahiran ini membantu seseorang untuk melaksanakan tugasan mereka dengan lancar.


    

Rajah Kemahiran Medengar dan Bertutur

 

   Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memproses sesuatu maklumat dengan tepat manakala kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan atau idea mereka dengan jelas. Kemahiran mendengar juga merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam plbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan respons. Kemahiran mendengar dan bertutur mempunyai pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan untuk membolehkan seseorang menguasai kedua-dua kemahiran ini. Menguasai kemahiran mendengar dan bertutur bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang cerdik dan petah dalam berbicara. Selain itu, menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dapat mengharumkan nama negara jika dapat mengunakan kemahiran mendengar dan bertutur sebaiknya.

 

 

 

 

 

KONSEP

    Kemahiran mendengar merupakan salah satu keupayaan murid dalam mendengar sesuatu yang disampaikan oleh guru dengan teliti, memahami apa yang disampaikan dan menghayati perkara yang disampaikan dalam pelbagai situasi yang berbeza seperti syarahan, temu bual, perbincangan dan aktiviti yang melibatkan guru dengan murid atau murid dengan murid. Seseorang murid yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik berupaya memberi pandangan atau tindak balas yang sesuai dalam setiap pembelajaran dan aktiviti yang dilakukan di dalam kelas. Manakala kemahiran mendengar pula merupakan keupayaan murid dalam melontarkan sesuatu pertanyaan atau soalan yang tidak difahami, keupayaan menyampaikan maklumat dan memberi pendapat, idea, meluahkan perasaan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Penguasaan kemahiran bertutur yang baik membolehkan murid atau seseorang untuk menyampaikan maklumat dan soalan jelas.


 

 


                                                      Rajah Konsep Mendengar dan Bertutur

 

   Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek utama yang perlu dikuasai oleh seseorang. Didapati bahawa selepas lahir, seorang bayi terdedah kepada bunyi-bunyi bahasa terlebih dahulu sebelum mampu mengeluarkan sesuatu perkataan atau bunyi.Hal ini terbukti bahawa kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran yang paling asas dalam berbahasa.

Menurut Asmah Haji Omar (2004), beliau berpendapat bahawa seorang kanak-kanak akan menguasai kemahiran mendengar dahulu sebelum bertutur, bertutur dahulu sebelum membaca dan membaca dahulu sebelum menulis. C.M. Faeyten(1991) pula menyatakan. bahawa sebahagian besar pengetahuan yang diperoleh oleh manusia melalui pendengaran tetapi hanya sedikit sahaja yang dapat diingati. Raminah Sabran (1991) ada mengatakan, jika seseorang manusia itu ingin meluasakan ilmu pengetahuan mereka, mereka perlu menguasai kemahiran bertutur agar mahir dalam membaca.

 

TUJUAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

 

Banyak aktiviti yang telah dilaksanakan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mendengar dan bertutur. Banyak tujuan dan objektif aktiviti mendengar dan bertutur.







                                                    Rajah Tujuan Kemahiran Mendengar

 

   Berdasarkan rajah di atas, banyak tujuan kemahiran mendengar dan bertutur. Tujuan kemahiran mendengar adalah untuk memperoleh idea. Murid dapat memperoleh idea daripada perkara yang telah diterangkan oleh guru mereka mengenai pelajaran. Murid akan mudah untuk melakukan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru setelah mendengar perkara yang telah diajar oleh guru mereka dengan mudah kerana mereka telah memperoleh idea dengan cepat dan mudah. Selain itu, kemahiran mendengar juga bertujuan untuk melakukan sesuatu arahan yang diberi. Murid dapat melaksanakan sesuatu arahan yang diberikan oleh guru mereka dengan pantas kerana mereka mempunyai kemahiran mendengar yang baik. Di samping itu, kemahiran mendengar juga bertujuan untuk mencari isi-isi penting dalam sesuatu ucapan atau petikan yang diberikan oleh guru. Kemahiran mendengar yang baim dan cekap memudahkan murid untuk mencari isi-isi penting dalam sesuatu perbincangan atau petikan yang dibacakan oleh guru dengan mudah dan cepat. Hal ini dapat menjimatkan waktu pembelajaran. Jadi guru dapat mengajar murid mengikut jadual pengajaran yang sebetulnya.




                                                        

                                                      Rajah Tujuan Kemahiran Bertutur 


   Tujuan kemahiran bertutur adalah untuk memudahkan murid untuk menyebut sesuatu perkataan dengan jelas. Hal ini dapat memudahkan guru dan rakan untuk memahami sesuatu yang ingin disampaikan dengan tepat dan betul. Jika murid tidak mahir dalam bertutur, murid sukar untuk berkomunikasi dengan guru mahupun rakan mereka sendiri. Hal ini dapat melambatkan proses pembelajaran. Seterusnya, bertutur bertujuan bertemu ramah dengan orang lain. Aktiviti ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama manusia di samping dapat meningkatkan lagi kemahiran bertutur. Sealain itu, mahir dalam bertutur memudahkan murid untuk bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Murid dapat bertukar pendapat dengan rakan-rakan mereka yang lain apabila guru mengadakan aktiviti perbincangan berkumpulan. Hal ini demikian dapat melatih murid menjadi lebih berani berhadapan dengan ramai orang.

 

AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

 

   Aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aktiviti yang diberi oleh guru tetapi yang dilaksanakan oleh para murid. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih murid untuk lebih mahir dalam mendengar dan berani ketika brtutur di hadapan khalayak ramai.

 


                                                    Rajah Aktiviti Kemahiran Mendengar

 

 
  
Pelbagai aktiviti yang dapat dilaksanakan untuk meningkatkan lagi kemahiran mendengar dan bertutur. Aktiviti mendengar terbahagi kepada dua iaitu tindak balas ringkas dan lama. Contoh aktiviti tindak balas ringkas adalah  menandakan betul atau salah, melakukan pergerakan mengikut arahan, menyusun gambar dan banyak lagi manakala tindak balas lama adalah Mencatat isi, mengulas dan membuat ringkasan, Mendengar dan membuat sinopsis cerita, mendengar taklimat dan lain-lain. Apabila guru membacakan soalan, murid perlu menandakan betul atau salah setelah soalan dibacakan. Hal ini dapat dibuktikan bahawa ini merupakan tindak balas ringkas kerana murid tidak memerlukan waktu yang lama untuk menanda jawaban. Murid sekali gus dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam mendengar. Seterusnya, melakukan pergerakan mengikut arahan yang diberikan oleh guru dapat melatih murid untuk menajamkan lagi deria pendengaran mereka. Tambahan lagi, aktiviti menyusun gambar pula merupakan salah satu aktiviti tindak balas ringkas yang mengajar murid mendengar dengan lebih teliti. Kemudian, aktiviti tindak balas lama adalah  Mencatat isi, mengulas dan membuat ringkasan berdasarkan cerita atau petikan yang dibacakan. Seterusnya, aktiviti mendengar dan membuat sinopsis cerita. Aktiviti ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana memerlukan pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan sesebuah sinopsis yang menarik berdasarkan apa yang telah didengar.

 


                                                Rajah Aktiviti Kemahiran Bertutur

    Banyak aktiviti yang dapat dilakukan bagi meningkatkan dan mengasah kemahiran bertutur. Aktiviti latih tubi sebutan ini dilasanakan untuk melatih murid supaya menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan latihan yang diberikan oleh guru. Latih tubi pemintal lidah ini merupakan latih tubi sebutan yang bertujuan untuk melatih para murid menyebut sesuatu perkataan dengan betul dan tepat. Di samping itu, aktiviti yang berkaitan interaksi sosial seperti perbincangan, lakonan dan perbualan dapat melatih untuk memperbetulkan sebutan mereka di samping merapatkan hubungan sesama rakan sekelas. Seterusnya, murid dapat menguasai kemahiran bertutur dengan melakukan aktiviti nyanyian. Menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu. Oleh sebab itu, kemahiran bertutur dapat dikuasai dengan mudah jika murid sentiasa melakukan semua aktiviti.

 

RUMUSAN

   Kesimpulannya, Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam kemahiran berbahasa. Kemahiran mendengar dan bertutur penting kepada semua masyarakat di negara Malaysia dan rakyat di negara lain agar dapat melahirkan masyarakat yang bijak dalam pelbagai bidang. Pelbagai sebab murid dilatih untuk mahir dalam mendengar dan bertutur. Dari perkara yang telah dihuraikan, jelaslah bahawa belajar kemahiran mendengar dan bertutur banyak kelebihan terhadap diri sendiri dan juga negara. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan perkara yang paling penting setiap manusia, jadi kita semua perlu meningkatkan lagi kemahiran kita dalam mendengar dan bertutur.

 



 

 

 

 

RUJUKAN

 

Herney Aqilah. (2014, Julai 24). Objektif kemahiran mendengar dan bertutur 

        https://duniapendidikanipg.blogspot.com/2014/07/objektif-kemahiran-mendengar-dan.html

 

Rickson JD. (2013,April 7). Kemahiran mendengar dan bertutur. Slideshare.

        https://www.slideshare.net/ozlyn/kemahiran-mendengar-18376002

 

Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur.(2012,November 6). Caeser-Rio.blogspot.com.

        http://caeser-rio.blogspot.com/2012/11/aktiviti-pengajaran-kemahiran-bertutur.html

 

FaFai S. (2017,September 11). Aktiviti mendengar secara kontekstual. Slideshare.

         https://www.slideshare.net/FaFaiS/aktiviti-mendengar-secara-kontekstual-bmm1034-kemahiran-             bahasa-dalam-bahasa-melayu

 

Definisi dan konsep kemahiran mendengar dan bertutur. dokumen.tips. 

         https://dokumen.tips/documents/definisi-dan-konsep-kemahiran-mendengar-dan-bertutur.html

 

 

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR OLEH NURUL FARAHIYAH BINTI ROSDI PPISMP BAHASA MELAYU 2

KEMAHIRAN KOMUNIKASI OLEH FATIN NUR AMIRAH BINTI MOHD YASIN PPISMP BAHASA MELAYU 2

KONSEP MEMBACA OLEH LIM XIN TIAN PPISMP BAHASA MELAYU 2