KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR OLEH NURUL FARAHIYAH BINTI ROSDI PPISMP BAHASA MELAYU 2
KEMAHIRAN
MENDENGAR DAN BERTUTUR
1.0 PENGENALAN
|
Pada zaman pascakemerdekaan
ini,kemahiran berbahasa harus dikuasai oleh setiap individu agar dapat mencapai
kejayaan dalam kehidupan.Kepentingan kemahiran ini ialah dapat melancarkan
proses pengajaran serta pembelajaran dengan lebih berkesan dan membuahkan hasil
yang berkualiti.Komponen asas seperti mendengar dan bertutur mempengaruhi
kemahiran bukan lisan iaitu membaca dan menulis.Kemahiran mendengar dan
bertutur mempunyai beberapa perkara asas iaitu konsep,objektif serta proses dan
bentuk.Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang terpenting
dalam kemahiran berbahasa.Ianya penting terutamanya kepada seorang guru dan
pelajar.Oleh itu,seseorang guru itu mestilah kreatif supaya dapat menarik minat
para pelajar bagi memastikan ajaran yang disampaikan itu diterima oleh mereka
dengan baik.
Kemahiran mendengar merujuk kepada pelbagai situasi pengucapan seperti cerita,arahan,perbualan,soal jawab laporan berita dan perbincangan dapat didengar dengan teliti dan difahami oleh para pelajar.Kemahiran mendengar terjadi pada peringkat penerimaan dan merupakan kemahiran lisan yang paling asas.Seterusnya,kemahiran bertutur pula ialah perbuatan yang melafazkan bunyi-bunyi daripada alat-alat sebutan iaitu artikulator manusia.
2.0 KEMAHIRAN MENDENGAR
2.1 Konsep Kemahiran Mendengar
|
Konsep kemahiran mendengar merangkumi
gabungan daripada aktiviti mendengar, memahami dan mengingati.Selain itu,aspek
fizikal,psikologi dan neurologi serta pendengaran bagi mengkritik juga
merupakan konsep kemahiran mendengar.
Rajah 2.Konsep
Kemahiran Mendengar.
Gabungan segala yang didengari,difahami
dan diingati ialah pelbagai cara yang merupakan konsep kemahiran
mendengar.Proses pendengaran ini berlaku menerusi latihan-latihan khas yang
dilaksanakan.Seseorang itu akan lebih banyak mendengar melalui pengalaman
berbanding melalui kecerdasan otak.Proses mendengar dipengaruhi oleh aspek
fizikal,psikologi dan neurologi kerana memerlukan penyatuan idea yang logik dan
memberi kesan.Proses ini terjadi menerusi pemikiran seseorang dan bukanya
perasaan mereka.
Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi
Kedua(2004),mendengar beerti keupayaan menangkap sesuatu suara atau bunyi
dengan menggunakan telinga.Sementara itu,konsep mendengar pula bermaksud
kebolehan murid untuk mendengar dengan teliti,memahami dan menghayati dengan
cara lisan terhadap perkara yang didengar dalan situasi pengucapan seperti
perbualan,perbincangan,berita dan lain-lain.
Menurut ILA (1996),maksud kemahiran
mendengar ialah satu proses menerima atau memahami makna dan bertindak balas
terhadap sesuatu percakapan atau bukan percakapan.Selain itu,ILA juga berkata
kemahiran ini juga melibatkan proses minda dan pemikiran.
|
Terdapat empat proses kemahiran
mendengar iaitu mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa,memahami bunyi
bahasa,menilai bunyi bahasa dan bertindak balas terhadap bunyi bahasa.
Peringkat pertama proses pendengaran
ialah mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa yang bermaksud telinga dan otak
seseorang itu akan mendengar deretan bunyi bahasa daripada ujaran penutur.Segala
bunyi yang ada di persekitaran seseorang
itu dapat didengar oleh telinganya tanpa sebarang had,tetapi bukan kesemua
bunyi tersebut memberi makna.Selain itu,makna bunyi yang didengar akan diproses
oleh otak seseorang itu.
Sementara itu,memahami bunyi bahasa
adalah peringkat keduanya.Terdapat tujuan dalam ujaran yang dituturkan oleh
penutur,contohnya tujuan untuk bertanya atau memaklumkan sesuatu.Oleh
itu,bunyi-bunyi bahasa itu perlu didengar dengan baik agar dapat memahami dan
memprosesnya dengan lebih berkesan.Kemudian,bunyi ujaran penutur dan pemahaman
pendengar dapat dihubungkan.
Seterusnya,proses menilai bunyi-bunyi
bahasa yang melibatkan peranan otak.Pendengar mesti mahir dalam menilai dan
menguasai makna daripada ujaran yang didengarnya.Hal ini disebabkan oleh,tidak
semua pemahaman seseorang itu tentang bunyi yang diujarkan oleh penutur itu
menepati maksud sebenarnya.Pada proses ini,pendengar mestilah mampu untuk
menilai serta dapat menguasai makna daripada bahasa yang didengar.Contohnya,seseorang
itu perlu tahu bahawa penutur itu sedang marah jika intonasi ujaranya nyaring
dan keras.
Lain daripada itu,peringkat yang
terakhir ialah bertindak terhadap bunyi bahasa iaitu membuat implikasi tentang
maksud penutur.Oleh itu,pendengar perlu membuat konsep pemahaman dan makna yang
tepat tentang maksud ujaran penutur.Tindak balas boleh diberikan setelah
penyesuaian pendengar menepati ujaran yang dilafazkan oleh penutur.Contoh
tindakan oleh pendengar seperti memberikan jawapan atau penjelasan dan bertindak
menerusi perbuatan.
2.3 Jenis Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar mempunyai dua
jenis.Jenis-jenis ini digelar sebagai intensif dan ekstensif
|
Kemahiran mendengar intensif dilakukan
menerusi aktiviti dan latihan formal.Jenis ini mempunyai dua bahagian iaitu
latihan yang berpusatkan kefahaman makna dan latihan yang menumpukan terhadap
latihan mendengar bahasa yang dituturkan.Contoh cara kedua-dua bahagian ini
ialah mendengar arahan,menjawab soalan kefahaman,mendengar untuk mendapatkan
maklumat,membuat ringkasan,menyelesaikan masalah.Seterusnya, mendengar secara
ekstensif dilakukan apabila murid-murid telah menguasai kemahiran mendengar
intensif dan membolehkan murid-murid memberi komen,melengkapkan cerita,mencari
isi penting dan mengajukan pendapat serta hujah yang baik.
3.1 Konsep Kemahiran Bertutur
|
3.2 Peringkat Kemahiran Bertutur
Pada peringkat awal,contoh aktiviti yang
dilakukan ialah ayat-ayat yang didengar akan diajuk oleh pendengar,mendapatkan
maklumat dengan menyoal dan lain-lain.Lain daripada itu,peringkat pertengahan
juga mempunyai aktiviti yang tersendiri seperti membuat deskripsi terhadap
sesuatu gambar atau objek,memcerita pengalaman atau peristiwa,membuat ulasan
serta memberi pandangan atau pendapat dengan cara mudah dan sebagainya.Manakala
aktiviti yang boleh dilakukan untuk peringkat maju pula ialah dengan mengambil
bahagian dalam sesuatu perbincangan atau perbualan,memberi arah atau hala
kepada seseorang yang ingin ke sesuatu tempat,menceburi bidang lakonan dan
mendeklamasi puisi.
3.3 Aktiviti Kemahiran Bertutur
|
Bilangan aktiviti dalam kemahiran
bertutur adalah sebanyak enam iaitu latih tubi sebutan,nyanyian,latihan pandang
dan sebut,karangan lisan,memproses maklumat dan interaksi sosial.
Rajah 7.Aktiviti Kemahiran Bertutur.
Pertama ialah latih tubi
sebutan,aktiviti ini membolehkan murid-murid menguasai bunyi-bunyi
bahasa,sebutan dan pola sesuatu ayat.Latih tubi melatih murid-murid menyebut
sesuatu bunyi dengan tepat.Contoh ayatnya ialah “Pandang pandan tepi pagar
depan padang”.Selain itu,aktiviti nyanyian digunakan oleh pelajar sebagai bahan
untuk ditiru dan memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul,mengikut rentak
serta nada.Seterusnya,penggunaan gambar-gambar dalam teks digunakan bagi
aktiviti latihan pandang dan sebut.Di samping itu,karangan lisan merupakan
aktiviti yang dihasilkan pelajar berpandukan bahan daripada guru.Para pelajar
menulis karangan dengan bahan yang diperoleh melalui bahan rangsangan iaitu
bersoal jawab.Seterusnya,aktiviti memproses maklumat dilakukan dalam bentuk
kumpulan dan wujudnya komunikasi antara pelajar kerana ingin berbincang serta
menilai fakta-fakta yang dikemukakan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan.Selain
itu, aktiviti ketujuh ialah interaksi sosial yang menumpukan tentang penggunaan
bahasa yang sesuai dalam konteks sosial
tertentu.Perbualan,perbincangan,simulasi dan lakonan merupakan bentuk interaksi
sosial.
KESIMPULAN
Konklusinya,kemahiran mendengar dan
bertutur amatlah penting dalam kehidupan seharian bagi melahirkan suasana
berkomunikasi yang lebih berkesan.Lebih-lebih lagi dari segi pengajaran dan
pembelajaran bahasa,kerana kemahiran ini harus dikuasai oleh semua pelajar
supaya mereka dapat menguasai sesuatu kandungan mata pelajaran yang
dipelajari.Jika seseorang itu dapat mendengar dan bertutur dengan baik maka
proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar.
·
Afini
Sarifuddin.(2018).Kemahiran mendengar dan bertutur.Dimuat turun daripada
https://www.academia.edu/40143019/_BMM_1034_KEMAHIRAN_MENDENGAR_DAN_BERTUTUR
·
Amin.(2011).Kemahiran
mendengar.Dimuat turun daripada
http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/kemahiran-mendengar.html#comment-form
·
(2012,November
6).Aktiviti pengajaran kemahiran bertutur.Dimuat turun daripada
http://caeser-rio.blogspot.com/2012/11/aktiviti-pengajaran-kemahiran-bertutur.html
·
Aisya.(2013,April
23).Aspek-aspek penting kemahiran berbahasa.Dimuat turun daripada
http://ekspresibahasamelayu.blogspot.com/2013/04/aspek-aspek-penting-kemahiran-berbahasa.html
·
Habibu
Morsili.(2013,April 7).Kemahiran mendengar dan bertutur.Dimuat turun daripada
https://www.slideshare.net/ozlyn/kemahiran-mendengar-18376002
·
(2013,Ogos
23).Bahasa melayu.Dimuat turun daripada
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2011/10/kemahiran-bertutur.html
How to Make Money from playing casino games
BalasPadamIn terms of how งานออนไลน์ to make money from casino games, you can do so without having to deposit money. It's simple and simple: deposit money directly into your